Saturday, January 2, 2010

Ciuman Pertama

Cahaya merah di kaki langit membuatkan wajah Lily yang kuning langsat itu kemerahan. Aku tak pasti warna merah itu adalah biasan dari laut yang memantulkan cahaya mentari senja atau kerana malu pada aku yang duduk di sisinya. "Saya suka laut, awak?" aku cuba memulakan perbualan untuk melihat reaksinya. "Saya tak suka laut... laut ganas" dia menjeling nakal. "habis kenapa duduk sini menghadap laut?" aku terus cuba untuk menariknya kepada perbualan yang lebih panjang. Lily gadis bermata galak itu tak sukar untuk aku tawannya melalui perbualan. "saya suka matahari... tengok." Dia seperti tidak senang melihat aku merenung wajahnya, cuba untuk mengalihkan pandangan nakal aku. Aku dan dia kembali memandang ke arah matahari yang sudah separuh terbenam. Cantik. Aku akui, jarang benar aku menikmati keindahan matahari terbenam di laut tenang. "Kenapa matahari?" aku terus memancingnya. "Entah... saya rasa permandangannya indah, itu saja". Kami berdua kembali diam. Matahari sudah terbenam yang tinggal hanya remang-remang senja yang masih merah menghiasi langit. "Awak suka saya?" tiba-tiba saja ayat itu keluar dari mulut aku. Dia hanya ketawa kecil. Aku jadi makin berani. Gadis yang baru aku kenal dua hari itu bagaikan membenarkan soalan aku. Sememangnya sejak dua hari lalu, aku sudah merasai dia memang menunggu aku untuk mendekatinya. Aku tahu hanya dengan melihat bahasa tubuhnya dan jelingan mata galaknya. Aku meletakan tangan aku ke atas pehanya yang ditutupi dengan seluar jeans ketat. Dia diam. Dada aku mula berdebar kencang memikirkan apa tindakannya. Tiada sebarang suara yang keluar dari mulutnya. Aku merapatkan muka aku ke mukanya. Dia masih diam tidak bergerak. Aku meletakkan bibirku ke bibirnya. Terasa nafasnya panas menghembus wajahku. Dia cepat-cepat memaling wajahnya. "Saya balik khemah dulu... nanti malam ada aktiviti lagi, ni tak mandi lagi ni". Dia sepantas kilat bangun dan berlalu pergi meninggalkan aku. "Suka saya tak??!!" aku terus menjerit melihat dia pergi. Dia berpaling dan membuat flying kiss sambil ketawa kecil dan hilang dalam senja yang makin mengelap.

bersambung. Sebagai tanda penghargaan sila klik di sini

No comments:

Post a Comment