Saturday, January 2, 2010

Ciuman Pertama

Cahaya merah di kaki langit membuatkan wajah Lily yang kuning langsat itu kemerahan. Aku tak pasti warna merah itu adalah biasan dari laut yang memantulkan cahaya mentari senja atau kerana malu pada aku yang duduk di sisinya. "Saya suka laut, awak?" aku cuba memulakan perbualan untuk melihat reaksinya. "Saya tak suka laut... laut ganas" dia menjeling nakal. "habis kenapa duduk sini menghadap laut?" aku terus cuba untuk menariknya kepada perbualan yang lebih panjang. Lily gadis bermata galak itu tak sukar untuk aku tawannya melalui perbualan. "saya suka matahari... tengok." Dia seperti tidak senang melihat aku merenung wajahnya, cuba untuk mengalihkan pandangan nakal aku. Aku dan dia kembali memandang ke arah matahari yang sudah separuh terbenam. Cantik. Aku akui, jarang benar aku menikmati keindahan matahari terbenam di laut tenang. "Kenapa matahari?" aku terus memancingnya. "Entah... saya rasa permandangannya indah, itu saja". Kami berdua kembali diam. Matahari sudah terbenam yang tinggal hanya remang-remang senja yang masih merah menghiasi langit. "Awak suka saya?" tiba-tiba saja ayat itu keluar dari mulut aku. Dia hanya ketawa kecil. Aku jadi makin berani. Gadis yang baru aku kenal dua hari itu bagaikan membenarkan soalan aku. Sememangnya sejak dua hari lalu, aku sudah merasai dia memang menunggu aku untuk mendekatinya. Aku tahu hanya dengan melihat bahasa tubuhnya dan jelingan mata galaknya. Aku meletakan tangan aku ke atas pehanya yang ditutupi dengan seluar jeans ketat. Dia diam. Dada aku mula berdebar kencang memikirkan apa tindakannya. Tiada sebarang suara yang keluar dari mulutnya. Aku merapatkan muka aku ke mukanya. Dia masih diam tidak bergerak. Aku meletakkan bibirku ke bibirnya. Terasa nafasnya panas menghembus wajahku. Dia cepat-cepat memaling wajahnya. "Saya balik khemah dulu... nanti malam ada aktiviti lagi, ni tak mandi lagi ni". Dia sepantas kilat bangun dan berlalu pergi meninggalkan aku. "Suka saya tak??!!" aku terus menjerit melihat dia pergi. Dia berpaling dan membuat flying kiss sambil ketawa kecil dan hilang dalam senja yang makin mengelap.

bersambung. Sebagai tanda penghargaan sila klik di sini

Dara Pingitan

Aku dah terlalu lama mengidami Lily gadis happy go lucky yang matanya galak sekali. Pertemuan pertama ketika aku dan dia menyertai suatu perkhemahan tahuan anjuran Persatuan Muda Mudi Kampung Akar Berjuntai. Ketika 3 hari 2 malam berkhemah di Pantai Mendam Berahi, aku berusaha bersungguh-sungguh untuk memikatnya. Setiap acara aku lakukan yang terbaik hingga aku jadi popular. Setelah keyakinan diri aku capai dari kepopularan itu, aku mengambil langkah untuk mendekatinya. Waktu itu lewat petang hampir ke senja, segala aktiviti perkhemahan telah berhenti seketika sebelum diteruskan pada malam hari. Aku melangkah perlahan tapi penuh yakin menghampirinya. Dia duduk bersama seorang temannya berbual-bual sambil tertawa kecil. Dia menoleh ke arah aku yang sedang melangkah. Angin senja meniup rambutnya, dia membetulkan helaian rambut yang menutup mukanya sambil berpaling ke arah temannya. Kedengaran hilaian halus di bawa angin lalu singgah di telinga ku. Sedikit rasa kecut terasa mencengkam perut menikam hati. Luntur sedikit rasa yakin tapi aku teruskan langkah. Lily membisikan sesuatu ke telinga temannya dan ia meninggalkan Lily sendirian. Aku berdiri di hadapannya, dia menunjukan wajah kurang senang. "Awak lindung pandangan saya" tuturnya bernada keras tapi aku dapat merasa kekerasan itu hanya dibuat-buat. Aku melangkah dan duduk disebelahnya. Kami sama-sama merenung ufuk melihat matahari ditelan olehnya.

bersambung... klik disini sebagai sokongan.

Usaha tangga kejayaan

Pernahkah anda mendengar tentang skim penjanaan wang menerusi internet ? Tentu kebanyakan dari anda sudah mendengarnya. Sudah banyak program seperti ini telah dihantar ke email, facebook, myspace, friendster, blog milik anda. Skim-skim seperti ini menawarkan anda untuk membuat duit dari rumah tapi ianya bukan seperti diwar-warkan yang kelihatan mudah sekali. Antara kata-kata popular untuk menarik kita menyertainya adalah dengan mengatakan goyang kaki dapat duit. Hakikatnya bukan begitu. Namun ianya pula bukan pembohongan semata-mata. Skim ini tidak berlandaskan penipuan cuma kata-katanya untuk menarik kita menyertainya saja berbau penipuan. Jika anda menyertainya anda harus berusaha untuk mempromosikan link anda kepada orang ramai di internet. Setiap klik anda akan memperolehi RM 0.30 sen, jadi makin banyak orang klik di link anda makin banyaklah wang yang anda dapat. Sekiranya anda menyertainya dan hanya duduk diam anda tidak akan memperolehi apa-apa. Konsep ini sama seperti anda berkerja sendiri di rumah dan majikan anda adalah orang yang cipta laman web tersebut Myspacemoney.

Ada beberapa sebab mengapa orang ramai enggan menyertainya antaranya adalah :

1. Beranggapan ini hanya menguntungkan orang lain bukan diri sendiri.
2. Skim ini hanyalah satu penipuan dan tak nak bersubahat.
3. Sukar untuk menyakinkan orang untuk menyertai
4. Malu dengan kenalan kerana perkerjaan ini dirasakan hina

Selagi anda meletakan bermacam-macam perkara negetif di fikiran anda selagi itu anda tak akan berjaya. Percayalah. Tiada kesenangan yang datang bergolek tanpa berusaha. Sesungguhnya perkerjaan ini amat mudah yang penting anda berusaha mempromosikan link anda dengan cara kreatif anda pasti memperolehi hasilnya. Insyallah.